Bengkel Penyediaan Modul Pengurusan dan Pentadbiran PSS N. Melaka, BTPN Melaka 29 -30 Apr 2013

Mantan- mantan GPM Melaka diberi peluang menyediakan modul pengurusan dan pentadbiran PSS. antara modul- modul yang dihasilkan ialah  Kreativiti dalam pengurusan PSS, Koleksi Bahan PSS, Sumber- sumber maklumat dan lain- lain.

Bengkel Asas PSS untuk PT/PO Rintis N. Melaka, Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, Johor 16 – 18 Apr 2013

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 100 orang PT/PO rintis di Melaka bersama pegawai- pegawai JPm Melaka, BTPN Melaka dan 2 orang  mantan GPM selaku fasilitator/ penceramah.  Selamat datang dan selamat menjadi warga PSS, BTPN Melaka kepada PT/PO rintis. Mereka diberi pendedahan mengenai tugas- tugas pengurusan dan pentadbiran PSS yg sebelum ini diuruskan oleh mantan GPM.  PT/PO didedahkan dengan Program NILAM, Proses Teknik bahan buku dan bukan buku, pengkatalogan, indeks, inventori, harta modal, pelupusan, hapus kira, kemudahan fizikal pss, keceriaan pss dan slot motivasi.

Pembentangan dan permurnian laporan Kajian Tindakan, BTPN Melaka 18 Mac 2013

Pembentangan dan permurnian kajian tindakan oleh GPM Melaka telah diadakan. SMKR menjalankan kajian tindakan Program MEKAR memotivasikan pelajar 5 Alfa minat membaca.

Bengkel Pemantapan Tokoh NILAM Negeri Melaka ke Peringkakt Kebangsaan, BTPN, Melaka 10 – 11 Apr 2013

Bengkel dihadiri oleh 4 orang calon Tokoh NILAM N. Melaka dengan 5 orang fasilitator. Calon- calon didedahkan dengan format pertandingan atau penilaian merangkumi penilaian  penulisan, lisan individu dan berkumpulan disamping  kepimpinan. Calon- calon diberi pendedahan format penulisan , tajuk- tajuk  karangan yang terpilih, pengucapan awam, teknik menjawab soalan lisan dan aktiviti berkumpulan.

Mesyuarat JK Pengurusan dan Pentadbiran PSS N. Melaka , BTPN, Melaka 23.1.2013

Mesyuarat membincangkan penyediaan modul pengurusan dan pentadbiran PSS sebagai rujukan.

Kajian Pre Program Pemantapan Profesion Perguruan EPRD dan Bahagian Sumber Manusia 29.1.2013

Kajian  meliputi  tugas2 guru- guru khas GPM. GPB dan Guru Data mengajar sepenuh masa, dengan pelantikan JK Pengurusan Maklumat, JK PSS dan JK Pembestarian Sekolah.

1Bestarinet – KPM

Pusat Sumber Pendidikan Dalam Pembestarian

<center>

Keluargaku